Monday, June 30, 2008

European Champions

Yeah.. Spain are European Champions! Their first European title since 1964. Torres Enough to give Spain win 1-0 over Germany with his single goal. Hahah, aku baru balik tengok final EURO. Game menarik buat 'la seleccion'. Lebih-lebih lagi Torres the El Nino yang jaringkan goal. Aku sebenarnya sokong England tapi nak buat camna, tak layak.. Orait, This song for Torres and all Liverpudlian.

His armband proved he was a red - Torres, Torres
You'll never walk
alone it said - Torres, Torres

We bought the lad from sunny Spain
He gets the ball he scores again
Fer-nan-do Torres Liverpool's number 9

photo credit - http://www.euro2008.uefa.com/photos/index.html

Kongsi Apa Saja..

Ni pertama kali aku buat blog. Terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar. Blog ni bertujuan untuk rujukan aku; bila aku pikir balik, berkongsi pengetahuan tu adalah lebih baik. Mana tahu kalau ada sesiapa yang nak memberi info, cerita, pantun, petua, resepi, tempat menarik, link-link yang berfaedah, dan apa saja dari korang semua untuk dikongsikan bersama. Asalnya aku nak kumpulkan cerita-cerita dongeng/hikayat sesuatu tempat. Aku ada terbaca kisah Puteri Santubong dan Sejinjang. Agak menarik. ceritanya begini...

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.

Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.

Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei.

Kalau sesiapa ada kisah2 yang lebih menarik boleh la post kan ke blog ni. :)

kredit to ijad_adiputra from http://kitalah.forum2u.org