Friday, January 30, 2009

HEY 2009..

Lama juga tak mengumpulkan info untuk rakan-rakan dan diri sendiri. Agak sibuk kebelakangan ni. 2009 dah masuk bulan pertama. Walaupun 30 hari berlalu, pelbagai peristiwa berlaku. Ada di kalangan rakan-rakan kita terpaksa diberhenti kerja kerana krisis ekonomi yang semakin menjadi-jadi. Aku pulak dah resign, sekarang boleh fokus pada bisnes sendiri sambil melayan coretan blog. :)

Adushh.. Apa la kucing aku ni. Dah sampai masa mengawan asyik berbunyi je. Pantang nampak betina lalu, mula la bersiul-siul nak ngorat. Kekadang aku pikir macam nak jadi kucing aje. Makan minum di jaga. Tak payah nak pikir susah. Semua tersedia. Tapi aku bersyukur aku adalah seorang manusia yang diberi akal fikiran yang waras. Biar mengadap pelbagai halangan tapi aku tetap mencari kepuasan dalam hidup ni.

Bola? Mmmm.. Tak tahu nak kata. Hahaha.. Ramai juga 'naik hangin' pasal kalah ngan UAE hari tu. Dalam hal ni kita tak perlu nak salahkan sesiapa. Cuma aku harap jurang antara FAM, Persatuan Negeri, Pemain dan Peminat dapat di dekatkan melalui perbincangan. Kita duduk satu dewan kita bincang ramai-ramai. Kita cari punca, kita baiki bersama. Bukan hanya berbicara sesama sendiri. Apapun, Malaysia Boleh. Selangor Cemerlang dan Liverpool Gemilang. hehe

Malam ni kena gi Sg Petani amik kete yang tersadai kat bengkel. Tak perasn pulak temp. dah naik. Berasap kete. Itu lah orang kata, kelalaian membawa padah.

Ok kita jumpa lagi, dan aku ada beberapa artikel untuk tatapan kita semua..

Salam Hormat !

No comments: